Pengalaman Bekerja (3 Kerja)


Assalamualaikum.

Udah lama nggak ketemu ya ibu bapak sekalian.

I thought nak update blog lepas SPM but then...oh yeah hell no! malaih melampau. How was my SPM result? Alhamdulillah. Aku redha dengan apa yang aku dah dapat. But it seems different when it comes to my parents. Mereka sangat kecewa dengan result aku. Dan aku sedar, that was all my faults. Aku banyak main-main. Aku tak fokus. Aku terlalu syok "bercinta". That was what my mom said. Oh okay. I admitted that I was not serious during my SPM year. I am really sorry mom and dad for hurting you...

But that's okay. Sebab aku dah nekad aku nak tebus semua ini. I still got a chance. Alhamdulillah, aku dapat tawaran untuk ke Kolej Matrikulasi Pahang less than a month and I've accepted the offer. I will go. I will do better for this next chance. Ah cukuplah aku dah banyak kecewakan parents aku. And I admitted that I am actually not a good daughter to them :( It's okay mom, dad. I will show you something better in future!!

back to the real topic, Pengalaman Bekerja (3 Kerja)?

Lepas SPM, I tried to find for a job. Actually masa mula-mula memang parents aku tak bagi kerja and I was like "what the hell should am I doing at home????!". Seriously rasa macam bodoh pun ada duduk rumah goyang kaki doing nothing. Bored to the max! You can feel me.......





Alhamdulillah lepas pujuk pujuk merajuk merajuk, mereka lepaskan aku untuk cari kerja wooo yeay!


Kerja 1

Cashier di Syarikat Terus Maju Sdn. Bhd.

Pengalaman pertama bekerja... I've worked here for only 12 days. Sebab apa? Saja-saja. Hahaha. Okay it was quite awkward at first. Tapi lama-lama, alhamdulillah dapat adapted dengan keadaan dan suasana di tempat kerja. Bayangkan, tak ada short langsung sepanjang 12 hari aku bekerja di sana. Alhamdulillah, great job dear self eheee. Kenal dengan Abang Wendra, Abang Iskarmi dan Abang Razif. Semua abang ni asalnya dari Indon. Tapi sebab dah lama duduk sini, aku dah anggap dorang macam orang sini jugak. Aku rapat dengan abang Iskarmi! Hahaha best gila kacau Abang ni. Dia pun layan je. Sepanjang aku kerja kat situ, memang dorang ni semua asyik gelak je tengok perangai aku. Mmg best kerja sini. Selang dua hari lepas berhenti, aku datang balik kedai tu saja nak singgah jumpa abang2 tu dan ternampak pulak ada cashier baru.

Me : Abang, okay tak cashier baru tu?
Abg Wen : Tak okay. Lembab.
Me : Oi sukati je cakap orang mcmtu.
Abg Wen : Betul lah diba. Dah lah slow, lepastu muka ketat je tak nak senyum.
Me : Erk. Mula2 mmg lah mcmtu. Diba pun dulu camtu gak apaaaa
Abg Wen : Diba dulu cepat belajar. Pastu bila ada diba, ceria sikit kedai ni. Tu lah gi berhenti kenapa?
Me : Ahak ahak *no comment*


Kerja 2

Sales Assistant di Yung Fa (Kedai Baju)

Kat sini agak lama jugak lah bekerja. Cukup sebulan! Hahahaha lama ah tuuu. Seminggu lepas berhenti dari Terus Maju, kerja kat sini pulak dengan Aqilah. Dia yang tolong promote kerja kat situ. Okay mmg best! Sebab kerja agak relax. Kenal dgn Kak Za, Kak Pieja, Kak Fizah, Nee, Mrs. Lim ah siapa lagi aku lupa hahaha yang penting dorang happening and easy-going!! Memang tip top. Lepastu berhenti.....


Kerja 3

Promoter NJOI (Astro) di Heritage Mall.

Haaa ni kerja last before nak sambung belajar kat Matriks. Kerja dengan Aqilah jugak. Asyik dia je. Hahaha ok. Mula-mula tu memang semangat kerja promote kat orang segala bagai even ada malu-malu sikit. Tapi lepastu tak sampai seminggu, haa ambik masing-masing malas nak promote. So kitorang pun duduk jelah goyang kaki tunggu customer datang baru layan. Tu pun layan main tolak tarik dengan si Qila ni

Aku : Eh customer! Pergilah sana.
Qila : Ish malas aku.
Aku : Ah aku lagi malas. Pergi jelah.
Qila : Eeeeee!!

*so ending dia qila lah yang pergi* hahahaha

Yang paling tak boleh blah masa kerja, kitorang cabut. Pergi tengok wayang, pergi jalan-jalan. Felamaks. Makan gaji buta siot hahaha. Apa taknya, boss semua kat JB. Memang chance untuk cabut itu sangat tinggi!
Hahaha jangan contohi kami.

THE END. Ponat monaip.



Couple? Clash?

Assalamualaikum semua. Hi apa khabarkah anda hari ini?

Bila cakap pasal cinta, mesti semua orang tahu kan pejadah cinta itu? Tak kira lah budak-sekolah-ke-budak-baru-nak-up ke ops. Yang penting, semua orang ada rasa cinta dan rasa ingin bercinta. Bila dah bercinta, confirm ada kes putus cinta. Wah confirm. Even cinta monyet-beruk-panda-buaya-biawak sekalipun, kalau dah putus cinta, tetap rasa sakit, rasa bisa, rasa yang susah digambarkan betapa sakitnya. Pehh suck-aid huh. So, apa motif sebenar aku berada disini? Oh ye, Im just wanna share some cases yang melibatkan cerita remaja ini. Cinta remaja? Sho shuwit ._. 

Semua kes ini memang betul berlaku dan mungkin juga perkara seperti ini pernah berlaku kepada diri anda-anda yang sedang membaca ini termasuk saya yang menulis ini. Oh ahaks.

Kes 1
A couple dengan B. A satu sekolah dengan B. A dan B sebaya dan satu kelas. Lepas PMR, A dapat masuk asrama. Mungkin B sedih sebab A dah jauh. Tapi A kata jangan risau, A akan selalu setia dengan B walau jauh mana pun A pergi. Tapi lama-lama, A pelik sebab B semakin berubah. B selalu tak angkat call A. B selalu tak reply message A. B kata B busy. A cuba faham B. Makin lama A cuba faham B, makin A tak faham dengan B. B betul-betul berubah. Rupa-rupanya, A dapat tahu yang B dah ada perempuan lain. B jugak pernah minta couple dengan kawan A. A tanya B, betul ke semua ni? B kata B cari perempuan lain sebab B rasa bosan bila A masuk asrama. B nak awek yang dekat-dekat. Tak nak jauh-jauh. Susah B kata. A terkejut bila dengar B kata macamtu. A sedih sebab selama ni A ingat B setia. A cuba pujuk B. A nak pulihkan hubungan dengan B tapi B tak layan A. B tak ada perasaan lagi pada A. A putus harapan dan jauhkan diri dari B. A cuba bina hidup baru.

Kes 2
C dah masuk 4 tahun couple dengan D. C duduk Johor, D duduk KL. Dulu, D selalu turun Johor jumpa C. D datang bawak teddy bear, bawak bunga, bawak beg tangan untuk C. C kata dia tak minta tu semua. Cukuplah kalau D setia dan sayang C. C percaya yang D sayang sangat kat C. D selalu kata tak nak curang dengan C, D takkan tinggalkan C. Ada satu hari tu, D cerita kat C yang ada seorang perempuan minat D. C tanya D, D suka perempuan tu jugak ke? D cakap D tak minat langsung. C ragu-ragu tapi C tetap percaya D. Malangnya, satu hari, C dapat message dari D. D kata 'C, mulai sekarang, kita kawan jelah. D nak fikir masa depan'. C terkaku. C terfikir kenapa selama 4 tahun ni D tak pernah fikir masa depan. Kenapa baru sekarang? Mungkin D dah sayang perempuan yang minat D tu. C redha dan mengalah.

Kes 3
E couple dengan F. Dah masuk 1 tahun. E setia kat F. F kata dia sayang E. F takkan tinggalkan E. Walaupun E couple dengan F, tapi dorang jarang contact sebab E tak guna handphone. Mungkin sebab itu jugak F rasa bosan dan layan perempuan lain. E dapat tahu yang F suka G, G pun suka F. F kata F dengan G kawan tapi betul ke kawan kalau ada perasaan suka sama sama? E tak suka F contact G sebab takut G rampas F dari E. Sedangkan E, awek F sendiri pun F jarang contact, tapi dengan G, F selalu contact. Siapa yang jadi awek F ni sebenarnya? Satu hari, E dapat tahu F contact G lagi. E geram bila dapat tahu. E tanya G baik-baik kenapa kacau F lagi? Tapi G main kasar. G kata F cakap yang F dah tak ada apa dengan E. E terkejut sangat. E tanya F kenapa sampai hati buat E macamni? F selamba kata yang F gurau. E makin geram bila F defend G. E mengalah. E maafkan F sebab E tak nak hilang F. E kata E okay tapi dalam hati E sebenarnya E langsung tak okay. F tak faham E. Sampai sekarang, E sabar.

So, can you see? Nampak tak permainan dia? Semua orang fikir couple ni mesti best, bahagia forever and ever sebab ada si dia yang boleh sayang kita. Lagi-lagi adik-adik yang baru nak naik sekolah menengah tu yang baru nak kenal erti cinta. Puih. Kalau adik-adik fikir begitu, adik salah okay. Oh mennn. Tak semua couple membahagiakan. Ah jarang-jarang lah nak jumpa couple yang tak pernah gaduh dan bahagia sekarang melainkan atok-atok nenek-nenek kita ni haa. Itu baru betul sampai ke anak cucu cicit dan sehidup semati. How I wish to be like them. Yes, actually couple banyak bawak masalah pada kita. Like me, sepanjang pengalaman aku bercouple, terlalu banyak menyakitkan dari membahagiakan. Aku tak tahu lah memang dah nasib badan ke jantan tu semua yang tak betul hahaha jahanam betei. Masalah couple ni melibatkan hati dan perasaan. Memanglah melibatkan duit jugak. Tapi hal yang berkaitan perasaan ni jangan bawak main brader. Ada yang gila. Ada yang bunuh diri. Awas ya adik-adik. Sebenarnya, kita couple dengan someone sebab apa? Sebab suka sebab sayang sebab cinta kan? And how about bila suka, sayang dan cinta kita dikhianati? Peh terasa diriku tidak berarti bagimu. Macam dah rabak hati ni rasa. Honestly, aku pun tak lari dari masalah ini. Masalah bercinta dan putus cinta *now playing - Patah Seribu by Shila Amzah*

Sumpah sakit sangat hati ni bila kasih sayang kita disia-siakan oleh si dia yang tidak reti menghargai. Bodoh ek nak bercinta tapi tak pandai nak hargai. Pernah rasa putus cinta tak? Pernah tak? Pernah kan?! For sure semua orang pernah lalui benda benda yang ntah pape ni ceh putus cinta konon. Macam vangang kuasa sepuloh bila fikir balik, kenapa aku mesti bercinta dengan mamat itu ini? Oh sangat bodoh rasanya bila silap buat keputusan yang bodoh dan bila putus cinta, terasa betapa bodohnya aku. Yelaaa buat apa bercinta kalau tak kekal lama tak sampai ke kahwin? Tak guna jugak bercinta kalau asyik nak balas dendam, nak melayan lelaki/perempuan lain. Haa yang ni aku terasa kahkah. Bagai nak mampus rasanya bila kehilangan kasih sayang orang yang tersayang. Dan lagi mengundang rasa nak mampus tu, bila melihat orang yang tersayang dah bahagia bersama orang yang dia sayang. Peh nak menangis air mata darah sekalipun dah tak terkeluar dah. Betapa susahnya hidup kalau hati tengah sakit. Semua kerja tak bergerak satu apa pun. Nak makan, nak mandi, nak belajar, nak tidur semua ingat dia. Apahal nak ingat orang yang dah tak ingat kita? Macam syial pun ada kengkadang hahaha.

Memang susah. Susah nak lupakan orang yang kita pernah sayang. Kita tak minta pun untuk kenal dia. Kita tak minta pun untuk sayang dia. Tak pernah pun. Kalau kita tahu semua ini nak jadi, lagi ah kita tak ingin nak pandang dia pun dulu. Tapi kita kena percaya, semua ini Allah yang tentukan. Allah yang temukan kita dengan dia. Pertemuan dan perpisahan kita dengan dia, di sebaliknya ada hikmah yang sangat besar yang Allah nak tunjuk dengan syarat kita sabar. Aku percaya dengan semua ini. Aku percaya dengan takdir Allah. Aku percaya Allah nak duga kita temukan kita dengan orang yang kurang baik dan selepas itu, insyaAllah, Allah temukan kita dengan seseorang yang jauh lebih baik tanpa kita sangka. Dari situ, bermulalah kehidupan baru dengan orang yang baru dan mana tahu boleh berkahwin di situ harhar

So ladies, jangan pandang belakang lagi, jangan pandang ex-ex kita lagi. Nama pun ex. Set kat otak, ex dah mati. Jangan nak terhegeh-hegeh dengan ex. Tak ada guna. Takkan lah nak jilat balik gula-gula yang dah jatuh atas pasir. Kalau dibasuh pun, masih ada kuman-kuman yang melekat kat gula tu eee geli aku, baik buang beli baru hahaha. Jadikan ex itu sebagai kenangan. Tak kira lah kenangan pahit ke manis. Tapi kita kena ingat, kenangan tidak boleh dihapuskan dan jangan harap kenangan akan menjadi seperti pisang berbuah dua kali. No way! Benda yang sama takkan berulang pada masa yang sama tempat yang sama baju yang sama kasut sama. Memang tak ah. Jangan nak berharap sangat.

Tapi kalau perasaan-tak-semengah tu datang lagi dalam hati, pergilah solat. Aku selalu doa pada Allah jauhkan perasaan yang tidak menentu ini dari aku. Jauhkan ingatan aku tentang dia. Jauhkan lelaki yang hanya ingin merosakkan hidup aku. Jadikan aku seorang wanita yang kuat hatinya, yang tabah menempuhi segala dugaanMu di dunia ini. Gantikan lah tempat dia dengan lelaki yang jauh lebih baik dari dia, ya Allah. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku bermohon.

InsyaAllah, everything will be fine. Lagi satu, kalau ada lelaki yang ikhlas nak dengan kita, jangan sombong. Cuba terima dia seadanya. Cuba sayang dia sebagaimana dia sayang kita. Cuba bina kehidupan baru dengan si dia. Jangan takut untuk mencuba macam yang tengah aku buat sekarang ni hahahaha. Terimalah orang yang betul-betul ikhlas sayang kita dan tak mengharapkan apa-apa. Mana tahu mungkin si dia lelaki yang terbaik untuk kita. Ye tak? Ye tak? Allah tahu yang terbaik untuk kita. Hidup kena chill barulah awesome. Tak gitu? Hehehe. Sekian terima kasih membaca. Assalamualaikum xoxo



Sincerely
Deeba

It's about Friends.

Assalamualaikum semua orangggg yang saya sayangi :)

Entry kali ini semua pasal KAWAN/SAHABAT/TEMAN. Semua orang nak ada kawan baik. Semua orang nak jadi kawan yang baik. Tapi impossible lah kalau semua orang takda masalah dengan kawan-kawan kannn. 

Hakikatnya, susah nak cari kawan sejati dalam hidup ni kan?


Dalam pengalaman aku berkawan, aku sedar kawan ni datang dan pergi macam angin. Tahu kan angin? Dia datang tanpa kita sedar dan pergi tanpa kita rela. Since aku kecil sampai sekarang, Alhamdulillah aku rasa sungguh bertuah dapat rasa hidup berkawan ni walaupun dah banyak masalah yang pernah terjadi. Bukan senang nak kekalkan persahabatan. Sebab tu kawan ni sebenarnya macam tempat persinggahan je.

Ayah kata, kawan-kawan ni bukan akan kekal dengan kita. Kalau ada pun, sikit sangat. Macam ayah. Ayah dah ada pengalaman. Masa sekolah dulu punyalah ramai kawan. Tapi now bila dah kerja, masing-masing buat haluan sendiri. Dah ada keluarga. So, jangan kesah sangat pasal kawan ni sebab dia pun tak fikir pasal kita. Dah lah diba. Fikirlah pasal masa depan. Nanti bila kau dah senang, lagi ramai orang nak jadi kawan kau dari sekarang. Yang penting sekarang, tunjuk pada ayah yang kau boleh lagi berjaya dari ayah. Jangan ingat harta ibu dengan ayah boleh tanggung kau dengan adik-adik seumur hidup. Sebenarnya, bila-bila ayah nak, ayah boleh bagi lebih kat kau dari apa yang kawan-kawan kau dapat. Tapi ayah tak nak. Sebenarnya, ayah sengaja buat macamtu. Ayah nak dari sekarang kau belajar hidup susah. Jangan harapkan duit ibu ayah je. Tak kemana kalau kau nak banggakan harta yang ibu ayah kau cari. Carilah harta kau sendiri. Belilah apa yang kau nak nanti. Sebab tu ayah suruh kau belajar rajin-rajin. Faham tak ni? 
*Diba faham ayah T____________T

Sebenarnya, aku nak cerita pasal kawan atau sahabat atau teman ni. Actually, kita tahu bukan semua orang akan suka dengan perangai kita. Tak semua orang yang boleh terima kita seadanya. Termasuk kawan-kawan di sekeliling kita. Memanglah kita boleh kata 'it's our life, so why should they care about us?' kan? Tapi kita kena fikir, dorang tu hidup di sekeliling kita. So, dorang jugak lah yang akan selalu perhatikan kita. Nak tak nak, we should care what they care.

Aku tahu aku ni memang suka menggedik, bergalak and so on. Banyak gila benda yang annoying aku buat. So, yeah I'm annoying. Tapi tapi tapi memanglah some people macamtu kan? What to do? Ada benda yang tak semua orang akan boleh terima pasal kita. Jangan fikir semua orang yang rapat dengan kita, boleh faham kita especially kawan. Seriously susah nak cari orang yang betul-betul dapat memahami kita walaupun dia cakap dia faham. Sebab tu, aku selalu story masalah aku dengan ibu ayah. Aku tahu disebabkan perangai aku ni, ramai kawan yang kurang senang dengan aku. Sorry guys :'(

Tapi kalau betul tak berkenan dengan perangai aku, sepatutnya sebagai seorang kawan, dia patut jumpa aku face to face and luahkan segala benda yang sepatutnya dia cakap. InsyaAllah, kalau dengan cara yang baik macamtu aku boleh faham dan aku boleh terima or maybe aku akan berubah. Memanglah it's not that easy. Mula mula memang lah terasa dengan apa yang dia cakap tapi bila difikir-fikir, aku boleh terima semua tu. Sebab bila orang nasihat kita, maknanya dia nak kita berubah jadi lebih baik kan? Kalau kau bagi alasan kau nak jaga hati aku, kau sepatutnya jumpa aku berdua or bertiga and cakap baik baik. Bukankah itu satu jalan penyelesaian yang baik?

Aku tak boleh terima bila aku dapat tahu yang dia kutuk aku dekat kawan-kawan lain. OhmyGod. Kenapa weh kenapa? Ini bukan pasal salah anggap atau perasan atau apa. Aku takkan buat statement sesuka hati kalau takda orang cakap kat aku pasal tu sayang. Kawan baik kau sendiri yang cakap dengan aku. Lepastu aku dapat tahu yang dia cakap dengan kau lain. Eh apa ni? Apa ni? Kenapa cerita jadi macamni? Kadang-kadang aku tak faham hidup berkawan ni. Susah nak faham orang dalam dunia ni. Ya Allah. Kawan yang selama ni aku percaya buat aku macamni. Sumpah aku terasa dengan semua ni. Dah tu siapa lagi yang boleh aku percaya? Mana kawan aku? Mana kawan aku yang aku boleh percaya ni?

Aku tahu sebenarnya dalam persahabatan kita ni, semua orang saling bertalam muka antara satu sama lain. Aku perasan dan aku sedar semua tu. Ntah lah. Dah speechless sangat dah ni. Sebab benda ni, aku dah takda mood satu hari ni. Kesian orang orang yang tak bersalah, jadi mangsa aku. Ya Allah, kuatkan lah hati aku yang lemah ni :'(

Dan ingatlah. Dulu kita ni pernah buat salah tanpa sedar. Masa tu, berapa ramai orang kutuk kita pun kita tak sedar. Jangan lupa apa salah kita dulu sampai semua orang fikir kita yang bukan-bukan. And jangan fikir yang kita ni dah betul betul baik sedangkan kita pun masih ada kekurangan lagi. Tolonglah. Semoga cepat aku lalui masa-masa yang genting ini.

P/s : Aku balik sini sebab aku dah tak tahan duduk sana. Bukan pasal kawan-kawan lama. So why should aku rasa down gila macamni hanya sebab mereka? Sebab apa?? Sebab pada aku, mereka adalah kawan-kawan yang aku percaya. Aku sayang semua kawan-kawan aku yang betul-betul ikhlas berkawan dengan aku. Bukan FAKE semata-mata.



Kthanks sebab sudi baca entry sedih ni :'( Assalamualaikum tau.




Adibah Hanna Copyright