Pengalaman Bekerja (3 Kerja)


Assalamualaikum.

Udah lama nggak ketemu ya ibu bapak sekalian.

I thought nak update blog lepas SPM but then...oh yeah hell no! malaih melampau. How was my SPM result? Alhamdulillah. Aku redha dengan apa yang aku dah dapat. But it seems different when it comes to my parents. Mereka sangat kecewa dengan result aku. Dan aku sedar, that was all my faults. Aku banyak main-main. Aku tak fokus. Aku terlalu syok "bercinta". That was what my mom said. Oh okay. I admitted that I was not serious during my SPM year. I am really sorry mom and dad for hurting you...

But that's okay. Sebab aku dah nekad aku nak tebus semua ini. I still got a chance. Alhamdulillah, aku dapat tawaran untuk ke Kolej Matrikulasi Pahang less than a month and I've accepted the offer. I will go. I will do better for this next chance. Ah cukuplah aku dah banyak kecewakan parents aku. And I admitted that I am actually not a good daughter to them :( It's okay mom, dad. I will show you something better in future!!

back to the real topic, Pengalaman Bekerja (3 Kerja)?

Lepas SPM, I tried to find for a job. Actually masa mula-mula memang parents aku tak bagi kerja and I was like "what the hell should am I doing at home????!". Seriously rasa macam bodoh pun ada duduk rumah goyang kaki doing nothing. Bored to the max! You can feel me.......





Alhamdulillah lepas pujuk pujuk merajuk merajuk, mereka lepaskan aku untuk cari kerja wooo yeay!


Kerja 1

Cashier di Syarikat Terus Maju Sdn. Bhd.

Pengalaman pertama bekerja... I've worked here for only 12 days. Sebab apa? Saja-saja. Hahaha. Okay it was quite awkward at first. Tapi lama-lama, alhamdulillah dapat adapted dengan keadaan dan suasana di tempat kerja. Bayangkan, tak ada short langsung sepanjang 12 hari aku bekerja di sana. Alhamdulillah, great job dear self eheee. Kenal dengan Abang Wendra, Abang Iskarmi dan Abang Razif. Semua abang ni asalnya dari Indon. Tapi sebab dah lama duduk sini, aku dah anggap dorang macam orang sini jugak. Aku rapat dengan abang Iskarmi! Hahaha best gila kacau Abang ni. Dia pun layan je. Sepanjang aku kerja kat situ, memang dorang ni semua asyik gelak je tengok perangai aku. Mmg best kerja sini. Selang dua hari lepas berhenti, aku datang balik kedai tu saja nak singgah jumpa abang2 tu dan ternampak pulak ada cashier baru.

Me : Abang, okay tak cashier baru tu?
Abg Wen : Tak okay. Lembab.
Me : Oi sukati je cakap orang mcmtu.
Abg Wen : Betul lah diba. Dah lah slow, lepastu muka ketat je tak nak senyum.
Me : Erk. Mula2 mmg lah mcmtu. Diba pun dulu camtu gak apaaaa
Abg Wen : Diba dulu cepat belajar. Pastu bila ada diba, ceria sikit kedai ni. Tu lah gi berhenti kenapa?
Me : Ahak ahak *no comment*


Kerja 2

Sales Assistant di Yung Fa (Kedai Baju)

Kat sini agak lama jugak lah bekerja. Cukup sebulan! Hahahaha lama ah tuuu. Seminggu lepas berhenti dari Terus Maju, kerja kat sini pulak dengan Aqilah. Dia yang tolong promote kerja kat situ. Okay mmg best! Sebab kerja agak relax. Kenal dgn Kak Za, Kak Pieja, Kak Fizah, Nee, Mrs. Lim ah siapa lagi aku lupa hahaha yang penting dorang happening and easy-going!! Memang tip top. Lepastu berhenti.....


Kerja 3

Promoter NJOI (Astro) di Heritage Mall.

Haaa ni kerja last before nak sambung belajar kat Matriks. Kerja dengan Aqilah jugak. Asyik dia je. Hahaha ok. Mula-mula tu memang semangat kerja promote kat orang segala bagai even ada malu-malu sikit. Tapi lepastu tak sampai seminggu, haa ambik masing-masing malas nak promote. So kitorang pun duduk jelah goyang kaki tunggu customer datang baru layan. Tu pun layan main tolak tarik dengan si Qila ni

Aku : Eh customer! Pergilah sana.
Qila : Ish malas aku.
Aku : Ah aku lagi malas. Pergi jelah.
Qila : Eeeeee!!

*so ending dia qila lah yang pergi* hahahaha

Yang paling tak boleh blah masa kerja, kitorang cabut. Pergi tengok wayang, pergi jalan-jalan. Felamaks. Makan gaji buta siot hahaha. Apa taknya, boss semua kat JB. Memang chance untuk cabut itu sangat tinggi!
Hahaha jangan contohi kami.

THE END. Ponat monaip.



0 comments:

Post a Comment

Adibah Hanna Copyright