'UNTUKMU'



Assalamualaikum semua :)

For you info, entry kali ni nak story pasal tajuk kat atas tu. As you all know, #kalau ada yang taktahu, mai la amek tahu. Semua orang mesti dah tahu kan couple itu haram. Tapi ramai jugak orang yang wat dono je pasal benda ni #termasuk haku.

Actually, saya dapat tahu pasal ni tahun lepas ke dua tahun lepas lah. Masa tu saya pergi rumah pakcik saya di Kajang sebab ada kenduri kahwin. Masa tengah berbual dengan anak dia, I found a short story book titled 'Untukmu'. Bila terpandang buku tu, saya rasa macam kena tarik dengan aura buku tu. Dia panggil panggil suruh baca. So, saya pun terus ambil buku tu and then baca. 

Starting from that time, baru saya sedar yang couple memang HARAM. Takda nak dok sangkal sangkal lagi. Rasa macam tersedar la. Selama ni dok banyak noh pasang boboipren sana sini. Tapi keinsafan tu datang kejap je. MasyaAllah. Lepastu, pi cari boipren and couple jugak. Tapi dalam hati tu bohong la kalau takda rasa bersalah. Tapi apa nak buat. Nafsu sudah menguasai hati.

So sekarang, saya nak share pasal buku 'Untukmu' yang saya baca itu. Sepupu saya bagi buku tu pada saya sebab dia tengok saya macam excited bebenor dengan buku dia tu. Sampai sekarang buku tu masih ada dalam simpanan saya.




UNTUKMU



Pernah suatu ketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Bila saya nak join.
'Weh, kau jangan sebok kat sini la. Apa kata kau pergi main jauh-2'

Lepastu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lain. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak perempuan. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas 'Penglipur Lara Hati Nan Duka'. Tapi, huhuuu..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'.

Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis RM10. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa jealous tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'.

Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Tak nak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli jugak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata 'ALL OUT' lah. Hahaha. 

Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Kalau merajuk sama-sama pujuk memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Iyelah, lagi pun rumah saya tak jauh dari sekolah awak.

Untuk diri ini, terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir biarlah kawan-kawan pandang saya semacam, kata saya macam-macam. Asalkan ada awak yang memahami saya.




.........................................................................................................................



'Ahlan ya akhi, tahniah kerana terpilih masuk ke SMAPZ'

Tahun berganti tahun.
Sekarang kita dah tingkatan 5.
atau dengan kata lain, dah hampir setahun kita bercinta.

Suatu hari, saya dengar ceramah.
Saya sedar saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Bukan hanya Islam atas dasar nama. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia, menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Tapi berapa ramai orang yang berusaha nak masuk syurga?

Sejak dari saat itu, saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Dan saya tak nak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh (calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.


..........................................................................................................................

Aspuri SMAPX

'Oit, apasal muka monyok je ni. Macam ada masalah negara.'
'Emm aku konfius la.'
'Biasa perempuan kalau susah hati macamni mesti masalah laki ni kan? Apsal dgn pakwe kau?'
'Pandai kau. Huhu aku tak pahamla. kenapa dia tiba-tiba berubah. Tiba-tiba jadi alim. Selalu bagi tazkirah kat aku, tak gurau-gurau macam dulu, makin serius. Pendek kata tak macam dulu lah.'
'Lah. Bagus apa ada orang ingatkan kau. Tu maknanya sayang. Hehe'
'Weh, ke situ pulak. Aku tahu. Bukannya aku tak suka. Tapi macamana kalau one day dia taknak couple dengan aku lagi?'
'Haa itu kau kena tanya dia sendiri laa'

Macam yang saya jangka, awak susah nak terima perubahan ini.

Jadi saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je.

Ada yang siap buat maksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syarak. Tak guna ayat-ayat jiwang. Janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredhai. Saya selalu berdoa supaya hubungan kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah,kita akan dipertanggungjawabkan di Akhirat kelak.

*Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?". Mereka menjawab "Agar kami punya alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertakwa".*

Al A'raf : 164

Lepas itu, saya mulalah beri tazkirah kepada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati. Oleh sebab saya kuat iman, apa lagi, tegur lah depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah tak boleh kasar-kasar. Nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna untuk saya.


..........................................................................................................................



Suatu hari, saya terbaca satu artikel.
'COUPLE HARAM'

Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. 

Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan pegang-pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak setiap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan sahaja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar Trial SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin buat study group dengan kawan-kawan. Pada masa yang sama, bagi tazkirah.

..........................................................................................................................

Suatu hari...

"Oh dah nak asar. Nantilah sambung kerja ni. Solat itu lebih penting dari segalanya."

'Jom turun musolla, solat.'
'Okay (sambil dengar lagu).'
'Eh? Allah larang kita lalai!'
'Tengok ni *Hai orang2 yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.*'
Al-Munafiqun : 9
'Yelah!!! ok! ok! ok! jom solat. Weh korang, jom solat weh! Kang pak alim marah.'

Bila saya tegur orang, saya kena marah pula. Ada yang kata saya tegur tak berhikmah, ada jugak yg kata saya nak menunuk-nunjuk. Tapi ada juga yang terima. Apa-apa pun yang berlaku, saya tak kisah. Sebab saya ada tempat nak mengadu.

Suatu hari, ketika saya sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini.


*Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkan kamu berfikir?*


Al-Baqarah : 44


Saya pun berfikir "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan. Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?"
Lepastu terjumpa ayat ini

*Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.*


Al-Baqarah : 42

'Alah kau tu. Cakap je berapi. Gaya alim. Tapi couple jugak. Sama aja kau dengan kami. Tegur orang konon.'

Satu kritikan kawan membuatkan saya berfikir
BOLEH KE TAK BERCOUPLE SEBENARNYA?



..........................................................................................................................



Dipendekkan cerita lagi sekali, saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ini, kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap.

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pada pukul 10 semua orang sudah bebas untuk aktiviti sendiri. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ tentang 'couple'.

Tapi saya teragak-agak.


"Kalau lah betul couple tu salah, habis nak buat macamana? Aku kena clash ke? Ala buat apa fikir macam tu. Tanya jela. Aku tak buat salah apa yang nak ditakutkan."


Lalu, aku menghampiri brother fasilitator itu. mMasa itu, dia tengah membelek terjemahan Al-Quran seorang diri.


'Assalamualaikum bang. Err nak tanya sikit bole?'
'Wa'alaikumussalam. Em boleh. Duduklah. Nta nak tanya apa?
'Err macamni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan perempuan lah. tapi bukan setakat kawan biasa, rapat jugak la. bukan rapat biasa-biasa tapi rapat lah.'
'Bercinta ke?'


Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pulak brother tu kata. Mesti dia marah punya. Tapi nak bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk.


'Sebenarnya, couple ni boleh tak bang?'
'Akhi, memang fitrah manusia lelaki akan tertarik kepada perempuan. Begitu juga perempuan. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.

Allah berfirman : 
*Dan janganlah kamu mendekati Zina. Sesungguhnya, zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.*

Al-Isra' : 32


'Tapi bang, saya tak nampak pun yang kami menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal hubungan kami. Sms pun tak ada la jiwang-jiwang. Selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi. Hari ni saya, esok dia.'


Saya tak mahu mengalah.


'Memang betul niat nta ni baik. Tapi ingat. Niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil. Yang hak tetap hak. Cuba tengok ayat ni..

*Dan (juga) kaum Ad dan Thamud dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka adalah orang yang berpandangan tajam.*

Al-Ankabut : 38


'Akhi, kalau nta faham ayat ni. Sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah syaitan telah buat anda pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkan la sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah je. Mesti masa ni nta hanya melayan perasaan dengan dia kan?'


'Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti ada banyak bahayanya dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri.Takkan la dia boleh membawa kepada zina jugak, bang.'


'Betul, nta dah janji tak nak jumpa dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau nta janji tak nak call dia pula, nta dapat elakkan zina telinga dan zina lidah. TApi masih ada zina yang nta tetap tidak dapat elakkan semasa bercouple.'


'ZINA HATI???'


'Betul, zina hati. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan tangan. Macam manapun nta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati.'


Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..


'Ana dulu pun couple jugak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah berfikir dia lah bakal isteri ana yang akan menjadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan, lagi besar masalah ana daripada nta.'


'Saya risaulah bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut akan terjadi apa-apa pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ini. Sebab kami dah sangat rapat.'


Masa tu saya mula rasa sebak.


'Macam ni la. Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa. Paling teruk pun, memang akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Dalam berdakwah ni kita nak cari redha Allah. Biarlah orang nak kata apa sekalipun. Yang penting, redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi. Pasal dia pula, cuba nta fikir dari sudut positif. Mungkin dia akan terima keputusan nta secara matang. Takkan lagi bercouple. Ana yakin dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, tu bukan tanggungjawab nta. Apa yang nta nak buat tu, betul. Meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri.'


saya dah tak dapat tahan lagi. Masa tu juga saya menangis. Malu pun malu lah. Saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang couple tu haram.


'Jadi apa saya kena buat bang?'


'Ana dulu hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepastu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepastu.'


'Maksudnya saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang. Saya ada juga kawan perempuan lain. Boleh saya hubungi mereka?'


'Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada sejarah denga dia. Tapi kalau nanti ditakdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah lepastu kena buat pula group discussion. Masa tu, nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.'


Dia nak suruh aku clash malam ni jugak ke?


'Saya rasa saya belum ada kekuatan lah bang. Boleh tak tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?'


'Akhi, nta kena ingat. Kekuatan tu tak boleh ditunggu tapi kena dibina. Allah takkan mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga sesuatu kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Lagipun, nta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah bercouple. Bila masuk dakwah, mereka tinggalkan.'


Alamak tak boleh lari lagi la nampaknya. Saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu jugak.


'Semuanya dah jelas rasanya. Nampaknya saya perlu tinggalkan benda ni jugak. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.'
'Kalau tak sanggup, biar ana yang tekankan.'
'Eh takpa la bang. Biar saya tekan sendiri.'


Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkan juga diri.

Semuanya dah jelas. Buat apa aku nak tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik. Susah pulak nak tinggalkan. Kan aku dah doa supaya dijauhkan dari maksiat. Jadi rasanya, inilah masanya.


"Assalammualaikum. Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat kerana ALLAH. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh, InsyaAllah akan bertemu jua. 
Assalamualaikum.."


Sending.. 
Message sent..


Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang.

Memang tak disangka. Saya tak pernah terfikir untuk clash sebelum ni. Tapi mungkin itulah yang terbaik untuk kita. Malam tu saya tidur dengan linangan air mata.

*Diwajibkan ke atas diri kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.*

Al - Baqarah : 216


Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang couple tu haram. Tunjuk segala dalil. Ada kritikan dan ada juga yang setuju.

Cuma kali ini saya tak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia,
Allah yang Maha Mendengar.


..........................................................................................................................




Suatu pagi, saya dapat sms dari awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat 

"Seindah gubahan pertama.."

Awak masih tak dapat lupakan saya. Jadi saya hantar sms ni.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan Ilahi. Seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredhaanNya tetap tiada gunanya. Saya tahu, dulu saya ada cakap kalau ada jodoh, InsyaAllah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar ALLAH yang menentukan."


..........................................................................................................................


'Anta ada pesan dua hari lepas kan? Ni dia.'
'Ye. Terima kasih banyak Man.'
'Ok, sama-sama. Selamat bercuti.'


MID-SEM BREAK


'Wah! lama tak jumpe kau. Rindu tau. Apa cite cuti? Aku pergi Pangkor! Best woo. Kau?'
'Yelaa. Seronokla kau. Aku sedih tau tak! Sedih!'
'Ops ops! Sorry. Kenapa? Bunyi macam mati laki je.'
'Takda pape la. Jomlah masuk kelas.'

Apa tu? O.o
Terjemahan Al-Quran? Siapa yang letak kat sini?


Ada nota.

Untukmu..?


Untukmu..

Ingatlah..

Jangan mencari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan, dan tak kekal..

Tapi, carilah cinta ALLAH..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..

-Yang Terakhir- 


Itulah kata-kata terakhir saya. Saya dah buat keputusan. Saya pasti keputusan yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapat keredhaan Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.


TAKKAN.. BUAT SELAMA-LAMANYA..



Script by : Ahmad Umair Zulkefli
Graphics by : Freshie

Abang Umair Zulkefli



p/s : Psst! Rupanya orang yang tulis buku ni, datang masa kenduri kahwin dekat rumah PakNgah.


1 comment:

Adibah Hanna Copyright