Assalamualaikum semua. Hi apa khabarkah anda hari ini?
Bila
cakap pasal cinta, mesti semua orang tahu kan pejadah cinta itu? Tak
kira lah budak-sekolah-ke-budak-baru-nak-up ke ops. Yang penting, semua
orang ada rasa cinta dan rasa ingin bercinta. Bila dah bercinta, confirm
ada kes putus cinta. Wah confirm. Even cinta
monyet-beruk-panda-buaya-biawak sekalipun, kalau dah putus cinta, tetap
rasa sakit, rasa bisa, rasa yang susah digambarkan betapa sakitnya. Pehh
suck-aid huh. So, apa motif sebenar aku berada disini? Oh ye, Im just
wanna share some cases yang melibatkan cerita remaja ini. Cinta remaja?
Sho shuwit ._.
Semua
kes ini memang betul berlaku dan mungkin juga perkara seperti ini
pernah berlaku kepada diri anda-anda yang sedang membaca ini termasuk
saya yang menulis ini. Oh ahaks.
Kes 1
A
couple dengan B. A satu sekolah dengan B. A dan B sebaya dan satu
kelas. Lepas PMR, A dapat masuk asrama. Mungkin B sedih sebab A dah
jauh. Tapi A kata jangan risau, A akan selalu setia dengan B walau jauh
mana pun A pergi. Tapi lama-lama, A pelik sebab B semakin berubah. B
selalu tak angkat call A. B selalu tak reply message A. B kata B busy. A
cuba faham B. Makin lama A cuba faham B, makin A tak faham dengan B. B
betul-betul berubah. Rupa-rupanya, A dapat tahu yang B dah ada perempuan
lain. B jugak pernah minta couple dengan kawan A. A tanya B, betul ke
semua ni? B kata B cari perempuan lain sebab B rasa bosan bila A masuk
asrama. B nak awek yang dekat-dekat. Tak nak jauh-jauh. Susah B kata. A
terkejut bila dengar B kata macamtu. A sedih sebab selama ni A ingat B
setia. A cuba pujuk B. A nak pulihkan hubungan dengan B tapi B tak layan
A. B tak ada perasaan lagi pada A. A putus harapan dan jauhkan diri
dari B. A cuba bina hidup baru.
Kes 2
C
dah masuk 4 tahun couple dengan D. C duduk Johor, D duduk KL. Dulu, D
selalu turun Johor jumpa C. D datang bawak teddy bear, bawak bunga,
bawak beg tangan untuk C. C kata dia tak minta tu semua. Cukuplah kalau D
setia dan sayang C. C percaya yang D sayang sangat kat C. D selalu kata
tak nak curang dengan C, D takkan tinggalkan C. Ada satu hari tu, D
cerita kat C yang ada seorang perempuan minat D. C tanya D, D suka
perempuan tu jugak ke? D cakap D tak minat langsung. C ragu-ragu tapi C
tetap percaya D. Malangnya, satu hari, C dapat message dari D. D kata
'C, mulai sekarang, kita kawan jelah. D nak fikir masa depan'. C
terkaku. C terfikir kenapa selama 4 tahun ni D tak pernah fikir masa
depan. Kenapa baru sekarang? Mungkin D dah sayang perempuan yang minat D
tu. C redha dan mengalah.
Kes 3
E
couple dengan F. Dah masuk 1 tahun. E setia kat F. F kata dia sayang E.
F takkan tinggalkan E. Walaupun E couple dengan F, tapi dorang jarang
contact sebab E tak guna handphone. Mungkin sebab itu jugak F rasa bosan
dan layan perempuan lain. E dapat tahu yang F suka G, G pun suka F. F
kata F dengan G kawan tapi betul ke kawan kalau ada perasaan suka sama
sama? E tak suka F contact G sebab takut G rampas F dari E. Sedangkan E,
awek F sendiri pun F jarang contact, tapi dengan G, F selalu contact.
Siapa yang jadi awek F ni sebenarnya? Satu hari, E dapat tahu F contact G
lagi. E geram bila dapat tahu. E tanya G baik-baik kenapa kacau F lagi?
Tapi G main kasar. G kata F cakap yang F dah tak ada apa dengan E. E
terkejut sangat. E tanya F kenapa sampai hati buat E macamni? F selamba
kata yang F gurau. E makin geram bila F defend G. E mengalah. E maafkan F
sebab E tak nak hilang F. E kata E okay tapi dalam hati E sebenarnya E
langsung tak okay. F tak faham E. Sampai sekarang, E sabar.
So,
can you see? Nampak tak permainan dia? Semua orang fikir couple ni
mesti best, bahagia forever and ever sebab ada si dia yang boleh sayang
kita. Lagi-lagi adik-adik yang baru nak naik sekolah menengah tu yang
baru nak kenal erti cinta. Puih. Kalau adik-adik fikir begitu, adik
salah okay. Oh mennn. Tak semua couple membahagiakan. Ah jarang-jarang
lah nak jumpa couple yang tak pernah gaduh dan bahagia sekarang
melainkan atok-atok nenek-nenek kita ni haa. Itu baru betul sampai ke
anak cucu cicit dan sehidup semati. How I wish to be like them. Yes,
actually couple banyak bawak masalah pada kita. Like me, sepanjang
pengalaman aku bercouple, terlalu banyak menyakitkan dari membahagiakan.
Aku tak tahu lah memang dah nasib badan ke jantan tu semua yang tak
betul hahaha jahanam betei. Masalah couple ni melibatkan hati dan
perasaan. Memanglah melibatkan duit jugak. Tapi hal yang berkaitan
perasaan ni jangan bawak main brader. Ada yang gila. Ada yang bunuh
diri. Awas ya adik-adik. Sebenarnya, kita couple dengan someone sebab
apa? Sebab suka sebab sayang sebab cinta kan? And how about bila suka,
sayang dan cinta kita dikhianati? Peh terasa diriku tidak berarti
bagimu. Macam dah rabak hati ni rasa. Honestly, aku pun tak lari dari
masalah ini. Masalah bercinta dan putus cinta *now playing - Patah
Seribu by Shila Amzah*
Sumpah
sakit sangat hati ni bila kasih sayang kita disia-siakan oleh si dia
yang tidak reti menghargai. Bodoh ek nak bercinta tapi tak pandai nak
hargai. Pernah rasa putus cinta tak? Pernah tak? Pernah kan?! For sure
semua orang pernah lalui benda benda yang ntah pape ni ceh putus cinta
konon. Macam vangang kuasa sepuloh bila fikir balik, kenapa aku mesti
bercinta dengan mamat itu ini? Oh sangat bodoh rasanya bila silap buat
keputusan yang bodoh dan bila putus cinta, terasa betapa bodohnya aku.
Yelaaa buat apa bercinta kalau tak kekal lama tak sampai ke kahwin? Tak
guna jugak bercinta kalau asyik nak balas dendam, nak melayan
lelaki/perempuan lain. Haa yang ni aku terasa kahkah. Bagai nak mampus
rasanya bila kehilangan kasih sayang orang yang tersayang. Dan lagi
mengundang rasa nak mampus tu, bila melihat orang yang tersayang dah
bahagia bersama orang yang dia sayang. Peh nak menangis air mata darah
sekalipun dah tak terkeluar dah. Betapa susahnya hidup kalau hati tengah
sakit. Semua kerja tak bergerak satu apa pun. Nak makan, nak mandi, nak
belajar, nak tidur semua ingat dia. Apahal nak ingat orang yang dah tak
ingat kita? Macam syial pun ada kengkadang hahaha.
Memang
susah. Susah nak lupakan orang yang kita pernah sayang. Kita tak minta
pun untuk kenal dia. Kita tak minta pun untuk sayang dia. Tak pernah
pun. Kalau kita tahu semua ini nak jadi, lagi ah kita tak ingin nak
pandang dia pun dulu. Tapi kita kena percaya, semua ini Allah yang
tentukan. Allah yang temukan kita dengan dia. Pertemuan dan perpisahan
kita dengan dia, di sebaliknya ada hikmah yang sangat besar yang Allah
nak tunjuk dengan syarat kita sabar. Aku percaya dengan semua ini. Aku
percaya dengan takdir Allah. Aku percaya Allah nak duga kita temukan
kita dengan orang yang kurang baik dan selepas itu, insyaAllah, Allah
temukan kita dengan seseorang yang jauh lebih baik tanpa kita sangka.
Dari situ, bermulalah kehidupan baru dengan orang yang baru dan mana
tahu boleh berkahwin di situ harhar
So
ladies, jangan pandang belakang lagi, jangan pandang ex-ex kita lagi.
Nama pun ex. Set kat otak, ex dah mati. Jangan nak terhegeh-hegeh dengan
ex. Tak ada guna. Takkan lah nak jilat balik gula-gula yang dah jatuh
atas pasir. Kalau dibasuh pun, masih ada kuman-kuman yang melekat kat
gula tu eee geli aku, baik buang beli baru hahaha. Jadikan ex itu
sebagai kenangan. Tak kira lah kenangan pahit ke manis. Tapi kita kena
ingat, kenangan tidak boleh dihapuskan dan jangan harap kenangan akan
menjadi seperti pisang berbuah dua kali. No way! Benda yang sama takkan
berulang pada masa yang sama tempat yang sama baju yang sama kasut sama.
Memang tak ah. Jangan nak berharap sangat.
Tapi
kalau perasaan-tak-semengah tu datang lagi dalam hati, pergilah solat.
Aku selalu doa pada Allah jauhkan perasaan yang tidak menentu ini dari
aku. Jauhkan ingatan aku tentang dia. Jauhkan lelaki yang hanya ingin
merosakkan hidup aku. Jadikan aku seorang wanita yang kuat hatinya, yang
tabah menempuhi segala dugaanMu di dunia ini. Gantikan lah tempat dia
dengan lelaki yang jauh lebih baik dari dia, ya Allah. Sesungguhnya
hanya kepadaMu aku bermohon.
InsyaAllah,
everything will be fine. Lagi satu, kalau ada lelaki yang ikhlas nak
dengan kita, jangan sombong. Cuba terima dia seadanya. Cuba sayang dia
sebagaimana dia sayang kita. Cuba bina kehidupan baru dengan si dia.
Jangan takut untuk mencuba macam yang tengah aku buat sekarang ni
hahahaha. Terimalah orang yang betul-betul ikhlas sayang kita dan tak
mengharapkan apa-apa. Mana tahu mungkin si dia lelaki yang terbaik untuk
kita. Ye tak? Ye tak? Allah tahu yang terbaik untuk kita. Hidup kena
chill barulah awesome. Tak gitu? Hehehe. Sekian terima kasih membaca.
Assalamualaikum xoxo
Sincerely
Deeba
Best entry nie :D
ReplyDeleteYes Allah always know the best. Kita tak patut cari boyfriend tetapi suami yang boleh bimbing dan bawa kebahagiaan dunia akhirat :) Jadi yang terbaik bukan mencari yang terbaik kerana bila kita menjadi yang terbaik in shaa Allah yang terbaik akan datang. :)
ReplyDelete