Couple? Clash?

Assalamualaikum semua. Hi apa khabarkah anda hari ini?

Bila cakap pasal cinta, mesti semua orang tahu kan pejadah cinta itu? Tak kira lah budak-sekolah-ke-budak-baru-nak-up ke ops. Yang penting, semua orang ada rasa cinta dan rasa ingin bercinta. Bila dah bercinta, confirm ada kes putus cinta. Wah confirm. Even cinta monyet-beruk-panda-buaya-biawak sekalipun, kalau dah putus cinta, tetap rasa sakit, rasa bisa, rasa yang susah digambarkan betapa sakitnya. Pehh suck-aid huh. So, apa motif sebenar aku berada disini? Oh ye, Im just wanna share some cases yang melibatkan cerita remaja ini. Cinta remaja? Sho shuwit ._. 

Semua kes ini memang betul berlaku dan mungkin juga perkara seperti ini pernah berlaku kepada diri anda-anda yang sedang membaca ini termasuk saya yang menulis ini. Oh ahaks.

Kes 1
A couple dengan B. A satu sekolah dengan B. A dan B sebaya dan satu kelas. Lepas PMR, A dapat masuk asrama. Mungkin B sedih sebab A dah jauh. Tapi A kata jangan risau, A akan selalu setia dengan B walau jauh mana pun A pergi. Tapi lama-lama, A pelik sebab B semakin berubah. B selalu tak angkat call A. B selalu tak reply message A. B kata B busy. A cuba faham B. Makin lama A cuba faham B, makin A tak faham dengan B. B betul-betul berubah. Rupa-rupanya, A dapat tahu yang B dah ada perempuan lain. B jugak pernah minta couple dengan kawan A. A tanya B, betul ke semua ni? B kata B cari perempuan lain sebab B rasa bosan bila A masuk asrama. B nak awek yang dekat-dekat. Tak nak jauh-jauh. Susah B kata. A terkejut bila dengar B kata macamtu. A sedih sebab selama ni A ingat B setia. A cuba pujuk B. A nak pulihkan hubungan dengan B tapi B tak layan A. B tak ada perasaan lagi pada A. A putus harapan dan jauhkan diri dari B. A cuba bina hidup baru.

Kes 2
C dah masuk 4 tahun couple dengan D. C duduk Johor, D duduk KL. Dulu, D selalu turun Johor jumpa C. D datang bawak teddy bear, bawak bunga, bawak beg tangan untuk C. C kata dia tak minta tu semua. Cukuplah kalau D setia dan sayang C. C percaya yang D sayang sangat kat C. D selalu kata tak nak curang dengan C, D takkan tinggalkan C. Ada satu hari tu, D cerita kat C yang ada seorang perempuan minat D. C tanya D, D suka perempuan tu jugak ke? D cakap D tak minat langsung. C ragu-ragu tapi C tetap percaya D. Malangnya, satu hari, C dapat message dari D. D kata 'C, mulai sekarang, kita kawan jelah. D nak fikir masa depan'. C terkaku. C terfikir kenapa selama 4 tahun ni D tak pernah fikir masa depan. Kenapa baru sekarang? Mungkin D dah sayang perempuan yang minat D tu. C redha dan mengalah.

Kes 3
E couple dengan F. Dah masuk 1 tahun. E setia kat F. F kata dia sayang E. F takkan tinggalkan E. Walaupun E couple dengan F, tapi dorang jarang contact sebab E tak guna handphone. Mungkin sebab itu jugak F rasa bosan dan layan perempuan lain. E dapat tahu yang F suka G, G pun suka F. F kata F dengan G kawan tapi betul ke kawan kalau ada perasaan suka sama sama? E tak suka F contact G sebab takut G rampas F dari E. Sedangkan E, awek F sendiri pun F jarang contact, tapi dengan G, F selalu contact. Siapa yang jadi awek F ni sebenarnya? Satu hari, E dapat tahu F contact G lagi. E geram bila dapat tahu. E tanya G baik-baik kenapa kacau F lagi? Tapi G main kasar. G kata F cakap yang F dah tak ada apa dengan E. E terkejut sangat. E tanya F kenapa sampai hati buat E macamni? F selamba kata yang F gurau. E makin geram bila F defend G. E mengalah. E maafkan F sebab E tak nak hilang F. E kata E okay tapi dalam hati E sebenarnya E langsung tak okay. F tak faham E. Sampai sekarang, E sabar.

So, can you see? Nampak tak permainan dia? Semua orang fikir couple ni mesti best, bahagia forever and ever sebab ada si dia yang boleh sayang kita. Lagi-lagi adik-adik yang baru nak naik sekolah menengah tu yang baru nak kenal erti cinta. Puih. Kalau adik-adik fikir begitu, adik salah okay. Oh mennn. Tak semua couple membahagiakan. Ah jarang-jarang lah nak jumpa couple yang tak pernah gaduh dan bahagia sekarang melainkan atok-atok nenek-nenek kita ni haa. Itu baru betul sampai ke anak cucu cicit dan sehidup semati. How I wish to be like them. Yes, actually couple banyak bawak masalah pada kita. Like me, sepanjang pengalaman aku bercouple, terlalu banyak menyakitkan dari membahagiakan. Aku tak tahu lah memang dah nasib badan ke jantan tu semua yang tak betul hahaha jahanam betei. Masalah couple ni melibatkan hati dan perasaan. Memanglah melibatkan duit jugak. Tapi hal yang berkaitan perasaan ni jangan bawak main brader. Ada yang gila. Ada yang bunuh diri. Awas ya adik-adik. Sebenarnya, kita couple dengan someone sebab apa? Sebab suka sebab sayang sebab cinta kan? And how about bila suka, sayang dan cinta kita dikhianati? Peh terasa diriku tidak berarti bagimu. Macam dah rabak hati ni rasa. Honestly, aku pun tak lari dari masalah ini. Masalah bercinta dan putus cinta *now playing - Patah Seribu by Shila Amzah*

Sumpah sakit sangat hati ni bila kasih sayang kita disia-siakan oleh si dia yang tidak reti menghargai. Bodoh ek nak bercinta tapi tak pandai nak hargai. Pernah rasa putus cinta tak? Pernah tak? Pernah kan?! For sure semua orang pernah lalui benda benda yang ntah pape ni ceh putus cinta konon. Macam vangang kuasa sepuloh bila fikir balik, kenapa aku mesti bercinta dengan mamat itu ini? Oh sangat bodoh rasanya bila silap buat keputusan yang bodoh dan bila putus cinta, terasa betapa bodohnya aku. Yelaaa buat apa bercinta kalau tak kekal lama tak sampai ke kahwin? Tak guna jugak bercinta kalau asyik nak balas dendam, nak melayan lelaki/perempuan lain. Haa yang ni aku terasa kahkah. Bagai nak mampus rasanya bila kehilangan kasih sayang orang yang tersayang. Dan lagi mengundang rasa nak mampus tu, bila melihat orang yang tersayang dah bahagia bersama orang yang dia sayang. Peh nak menangis air mata darah sekalipun dah tak terkeluar dah. Betapa susahnya hidup kalau hati tengah sakit. Semua kerja tak bergerak satu apa pun. Nak makan, nak mandi, nak belajar, nak tidur semua ingat dia. Apahal nak ingat orang yang dah tak ingat kita? Macam syial pun ada kengkadang hahaha.

Memang susah. Susah nak lupakan orang yang kita pernah sayang. Kita tak minta pun untuk kenal dia. Kita tak minta pun untuk sayang dia. Tak pernah pun. Kalau kita tahu semua ini nak jadi, lagi ah kita tak ingin nak pandang dia pun dulu. Tapi kita kena percaya, semua ini Allah yang tentukan. Allah yang temukan kita dengan dia. Pertemuan dan perpisahan kita dengan dia, di sebaliknya ada hikmah yang sangat besar yang Allah nak tunjuk dengan syarat kita sabar. Aku percaya dengan semua ini. Aku percaya dengan takdir Allah. Aku percaya Allah nak duga kita temukan kita dengan orang yang kurang baik dan selepas itu, insyaAllah, Allah temukan kita dengan seseorang yang jauh lebih baik tanpa kita sangka. Dari situ, bermulalah kehidupan baru dengan orang yang baru dan mana tahu boleh berkahwin di situ harhar

So ladies, jangan pandang belakang lagi, jangan pandang ex-ex kita lagi. Nama pun ex. Set kat otak, ex dah mati. Jangan nak terhegeh-hegeh dengan ex. Tak ada guna. Takkan lah nak jilat balik gula-gula yang dah jatuh atas pasir. Kalau dibasuh pun, masih ada kuman-kuman yang melekat kat gula tu eee geli aku, baik buang beli baru hahaha. Jadikan ex itu sebagai kenangan. Tak kira lah kenangan pahit ke manis. Tapi kita kena ingat, kenangan tidak boleh dihapuskan dan jangan harap kenangan akan menjadi seperti pisang berbuah dua kali. No way! Benda yang sama takkan berulang pada masa yang sama tempat yang sama baju yang sama kasut sama. Memang tak ah. Jangan nak berharap sangat.

Tapi kalau perasaan-tak-semengah tu datang lagi dalam hati, pergilah solat. Aku selalu doa pada Allah jauhkan perasaan yang tidak menentu ini dari aku. Jauhkan ingatan aku tentang dia. Jauhkan lelaki yang hanya ingin merosakkan hidup aku. Jadikan aku seorang wanita yang kuat hatinya, yang tabah menempuhi segala dugaanMu di dunia ini. Gantikan lah tempat dia dengan lelaki yang jauh lebih baik dari dia, ya Allah. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku bermohon.

InsyaAllah, everything will be fine. Lagi satu, kalau ada lelaki yang ikhlas nak dengan kita, jangan sombong. Cuba terima dia seadanya. Cuba sayang dia sebagaimana dia sayang kita. Cuba bina kehidupan baru dengan si dia. Jangan takut untuk mencuba macam yang tengah aku buat sekarang ni hahahaha. Terimalah orang yang betul-betul ikhlas sayang kita dan tak mengharapkan apa-apa. Mana tahu mungkin si dia lelaki yang terbaik untuk kita. Ye tak? Ye tak? Allah tahu yang terbaik untuk kita. Hidup kena chill barulah awesome. Tak gitu? Hehehe. Sekian terima kasih membaca. Assalamualaikum xoxo



Sincerely
Deeba

2 comments:

  1. Yes Allah always know the best. Kita tak patut cari boyfriend tetapi suami yang boleh bimbing dan bawa kebahagiaan dunia akhirat :) Jadi yang terbaik bukan mencari yang terbaik kerana bila kita menjadi yang terbaik in shaa Allah yang terbaik akan datang. :)

    ReplyDelete

Adibah Hanna Copyright