Catatan dari IBU ♥





Catatan ini dari ibu untuk aku ketika aku masih di asrama.
Hari di mana ibu ingin memberi surat ini kepada aku adalah hari aku keluar dari SAMURA.
Aku tak sempat memahami isi hati ibu. Tapi semuanya dah terlambat.
Ibu, maafkan anakmu ini :'(



Buat Adibah yang ibu sayangi,
Semoga anak ibu ini sentiasa dalam keadaan yang ceria dan gembira selalu hendaknya. Bagi diri ibu, ayah dan adik-adik semuanya dalam keadaan yang sihat sejahtera dan gembira serta sentiasa mendoakan Adibah kejayaanmu di perantauan.


Anakku yang bernama Adibah..
Ibu harap awak faham apa isi hati ibu setelah membaca surat ini. Sebenarnya tiada apa yang perlu diba risaukan tentang diri ibu  kerana ibu adalah seorang yang tabah, cekal dan sabar. Oleh itu, ibu amat-amat berharap semoga diba juga seperti ibu. Belajarlah dengan tekun. Usah risaukan hal yang lain. Jadikan kerinduan bila berjauhan sebagai satu pengalaman dan  belajarlah dari kesusahan kerana kesenangan akan menyusul kerana itu janji Allah dan kemanisan setelah kepahitan adalah ubat yang paling mujarab seperti nabi kita Nabi Muhammad. Setelah bersusah payah mengembangkan agama Allah akhirnya  baginda berjaya juga hingga ke hari ini. Itulah kemanisannya. Diba tau kan kisah nabi.. Anakku belajarlah daripada pengalaman dan kesusahan orang lain serta ambillah iktibar. BERSABARLAH. Kesusahan yang diba alami ini hanyalah  ibarat buih di lautan. Lambat laun ianya akan hilang juga setelah dipukul ombak.


Anakku…
Tiada bekal yang dapat ibu berikan untuk masa depanmu. Hanyalah ilmu dan pelajaran yang dapat ibu berikan. Belajarlah dengan tekun kerana ia akan menolongmu dihari muka. Sekiranya ibu berikan harta ianya akan lenyap sekelip mata ianya akan pupus juga tetapi pelajaran  dan ilmu ianya akan dibawa ke mati. Mendapat sedekah jariah  sekiranya ibu ayah tiada dimuka bumi ini. BELAJARLAH ANAKKU.. Singkirkanlah perasaan yang tidak menentu yang akan merosakkan jiwa dan akalmu. BERSABARLAH ANAKKU.. kerana kesabaran itu membimbingmu menjadi orang yang berguna dan bertawakal kepada Allah kerana kesabaran itu separuh dari iman. BERKORBANLAH anakku demi masa depanmu...


Anakku yang disayangi…
Dalam setiap perjalanan hidup kita dimukabumi ini sebenarnya penuh dengan ranjau dan duri. Orang yang SABAR mengharunginya adalah orang yang BERJAYA. Jangan mudah putus asa macam ibu ini setelah pelbagai kesusahan dan penderitaan yang ibu alami akhirnya ibu berjaya walaupun bukan diri ibu  yang berjaya  tetapi ibu bersyukur kerana  kesabaran ibu telah mengubah status hidup ibu dan keluarga ibu. Ibu ada suami yang mempunyai pekerjaan yang stabil, anak-anak yang cantik, sempurna dan cerdik pandai. Ibu amat-amat bersyukur kepada ALLAH. Oleh itu, anakku janganlah diba hancurkan semuanya. Cukuplah bertahun-tahun ibu menderita. Sekarang ini biarlah ibu merasai kemanisannya yang berpanjangan. Ibu amat-amat berharap semoga diba dapat belajar dengan tekun dan rajin setelah membaca surat ibu ini. Tunjukkanlah pada ibu yang diba boleh berjaya dengan CEMERLANG mengharumkan nama IBU AYAH dan sekolah.


Anakku Adibah…
Sebenarnya ibu merasa BANGGA dengan kejayaan diba semasa UPSR dan PMR. Ibu harap diba dapat kekalkan sehingga SPM dan seterusnya hinggalah diba  di Universiti, di alam pekerjaan dan PERKAHWINAN. Tunjukkan pada ibu yang diba boleh menjadi anak yang berjaya. Ibu sentiasa mendoakan kejayaan diba selagi ada hayat ibu  di muka bumi ALLAH ini. Jangan hampakan harapan ibu yea sayang. Usah dilayan perasaan-perasaan yang mengkhayalkan. Rindu lah atau apa-apapun kerana ianya tidak sedikit pun menolong diba. Ia hanyalah mainan setan saja yang cuba menggoda. Betul kan kata cikgu Hafiz hari tu. Jangan bandingkan kawan yang 3 tahun kita kenal dengan kawan yang baru 3 bulan. Kita tak tahu mungkin yang sekejap tu lebih baik dari yang lama. Jangan terpesona dengan keindahan  bunga api ianya hanya sekejap saja tetapi biarlah dengan kerdipan cahaya lilin ianya berpanjangan menyinar. Sebenarnya apa yang Cikgu Hafiz cakapkan semuanya betul anakku. Apa yang dia kata menusuk di hati ibu dan ibu harap diba pun begitu juga. Dengarlah, fahamilah serta pratikkanlah apa yang Cikgu Hafiz katakan dan ibu amat-amat berharap semoga DIBA BERJAYA. Fahamilah ibu tidak akan KELUARKAN diba dari SAMURA kerana disana mencukupi  segala keperluan yang diba perlukan. Cuma di sana yang tiada hanyalah ibu dan keluarga. bukan… tetapi diba.. ianya janganlah dijadikan sebagai punca untuk diba tidak mahu belajar di SAMURA. Keluar dari SAMURA bukan satu jalan penyelesaian tetapi satu pemasalahan yang lain pula akan berlaku samada bagi diri diba mahupun ibu. Jadi ibu berharap tolonglah ibu kali ini. Kasihanilah ibu anakku. Hanya  kata-kata perangsang ini yang dapat ibu berikan dan luahkan dari dalam isi hati ibu semoga diba dapat memahaminya dengan sewajarnya. Jangan hampakan perasaan ibu ayah pada diba dan BUKTIKAN DIBA BOLEH BERJAYA SEPERTI MANA ORANG LAIN…

AJA-AJA-FIGHTING... MALAYSIA BOLEH…

DARI IBUMU YANG SANGAT MENGASIHI DIRIMU SELAMA-LAMANYA...

Bayangkan...
Ibu tak pernah drive kereta keluar dari Kota Tinggi. Ibu kata dia takut. Tapi sebab aku, ibu sanggup drive kereta pergi Muar semata-mata nak jenguk aku, nak bawa aku outing. Nak ceriakan aku. Penat ibu bawa kereta sampai Muar untuk aku. Tapi aku langsung tak senyum kat ibu. Aku buat ibu marah. Aku ikutkan sangat hati ni. Aku langsung tak fikir perasaan ibu masa tu.
Dan...
Pada hari itu juga adalah hari terakhir aku menjejakkan kaki di SAMURA. Aku hilang tanpa pengetahuan dormmates and classmates aku. Aku balik ikut ibu. Balik rumah, baru aku tahu ibu ada buat catatan untuk aku. Tapi semuanya dah terlambat. Aku dah balik sini dan aku kena terus berjuang di sini untuk ibu. Aku nak tebus semua ni untuk ibu sebab aku sayang ibu :'(

Ibu, maafkan diba. Maafkan diba sebab dah hancurkan impian ibu.  Diba sayang ibu.

Tolong, jangan kecewakan ibu kita sebelum terlambat...


Sincerely
Deeba

8 comments:

  1. assalammualaiku..

    diba thanx sebab kau share bende ni dengan semua orang...

    lepas bace bende ni..
    aku nangis dan baru aku sedar mak aku banyak berkorban untuk aku..

    thanx bagi aku cahaya semangat again..
    hope kau happy kay sana..

    love,
    kiki

    ReplyDelete
  2. @cIk'kiKiE=)

    Wassalam. Ye sama sama kiki. Aku just share biar jadi pengajaran utk semua org termasuk aku. Thanks a lot syg. Aku harap kau lebih tabah kat sana taw. Love you :*

    ReplyDelete
  3. ermm tol tu akk..uu rse sedih...tpi thn je rse nk nangis tu..sbb mak ayah along n angah ade same2 dgn miza..huuh

    ReplyDelete
  4. @mizah

    ehee. takpa la. asalkan miza baca :P

    ReplyDelete
  5. tau xpe..kuar tnpa pngtahuan aku yg mrpakan dormmate plus classmate ko.....sodeh hati den....walaupun kte bnyk gaduh(gaduh2 manje...hehehe)

    ReplyDelete
  6. @Anonymous

    Aloo sorry la LOSA :'( Aku macam dah gila masatu. Tak fikir apa. Yang aku tahu, aku nak balik! tu je. Minta maaf buat kau macamtu taw? :(

    ReplyDelete
  7. diba.....
    touched giler bace... T_T;
    sweet dear...

    ReplyDelete

Adibah Hanna Copyright